Tuesday, October 3, 2023

Jambatan Pulau Pinang

 Jambatan Pulau Pinang E36 merupakan jambatan yang KEDUA terpanjang di Malaysia dan KELIMA terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Glugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Larian Jambatan Pulau Pinang pun diadakan di sini setiap tahun. Jambatan Pulau Pinang juga ialah lambang negara Malaysia.


Spesifikasi jambatan

Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)

Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)

Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)

Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)

Laluan: 6 Laluan

Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter

Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter

Gantungan utama: 225 Meter

Gantungan hujung: 107.5 Meter

Gantungan lain: 40 Meter

Had laju: 80 km/j


Insiden di Jambatan Pulau Pinang


Berikut adalah kronologi insiden yang berlaku di jambatan ini.

20 September 2010: Sepasang suami isteri muda maut selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan kira-kira 1.30 pagi.

1 November 2012: Seorang kerani akaun maut apabila kenderaan dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke laut di Km7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown dalam kejadian 3.30 pagi.

30 Oktober 2015: Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 1.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian 9.30 pagi. Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam dalam lumpur di bawah jambatan itu.

12 November 2015: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkannya tercampak jatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang di Km0.6 menghala ke Perai dalam kejadian 5.49 pagi.

20 Januari 2019, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih telah tercampak ke dalam laut selepas kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang di Georgetown kira-kira jam 2.54 pagi waktu tempatan UTC. Insiden ini merupakan insiden kelima berlaku di jambatan berkenaan dalam tempoh 2010.


Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah E28 ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang, Malaysia yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pada awalnya dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014. Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.

Pada 2014-2015, Larian Jambatan Pulau Pinang pun telah bertukar diadakan dekat Bayan Lepas ini.


Ciri-ciri

Empat lorong dengan dua lorong motosikal dibina di atas jambatan ini. Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini. K. Preamakanthan dari UEM Construction Sdn Bhd merupakan pengarah projek yang bertanggungjawab ke atas projek ini.

Ia akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuh raya terapung pertama di Malaysia.


Sejarah

Pada Ogos 2006, kerajaan persekutuan Malaysia mengatur pelan untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada 12 November 2006, majlis penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas beberapa bulan, kerja-kerja menuang tanah dan penimbusan tiang berjaya dilakukan, China Harbour Engineering Co Ltd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM Group) mengumumkan projek ini akan disiapkan pada 2013. Kerja-kerja pembinaan bermula pada awal Januari 2008.

Pada April 2008, kerajaan mengumumkan projek ini akan ditundakan selama 9 bulan disebabkan masalah perolehan tanah dan isu reka bentuk dan juga lonjakan kos bahan binaan. Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik, Lim Guan Eng mencadangkan diskaun tol untuk setiap kelewatan projek ini dan meluahkan kekecewaan ke atas kelewatan pembinaan projek ini.


Keruntuhan sebahagian binaan Jambatan

Pada pukul 6.50pm tanggal 6 Jun 2013, sebahagian dari binaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berada di bahagian Batu Maung telah runtuh menyembah bumi. Bahagian yang berukuran 30 meter panjang itu runtuh dan dipercayai menghempap sebuah kereta dibawah runtuhan debu.

Timbalan pengurus jabatan komunikasi dan hubungan awam Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah mengesahkan keruntuhan berlaku di salah satu seksyen di Pakej 3A Jambatan Kedua Pulau .

Seramai 4 orang dikenal pasti telah terbunuh akibat keruntuhan bahagian jambatan, 4 orang tersebut dipercayai berada dalam kereta ketika tragedi berlaku, mereka dihempap oleh batuan keatas kereta dan menyebabkan mereka mati serentak.

Menurut jurucakap polis, bahagian Peralihan Batu Maung yang menghubungkan jambatan dengan Jalan Tun Dr Lim Chong Eu yang runtuh itu telah menghempap sebuah kereta yang lalu diatas jalan dibawah struktur.

a

 a